Tuesday 6 September 2011

keunikan hutan hujan tropika

kesimpulan


Walaupun kita telah menikmati banyak faedah daripada hutan, tetapi kadar eksploitasi masa kini memberi penanda bahawa tidak banyak yang masih tinggal untuk dilihat dan dinikmati oleh generasi akan datang. Oleh demikian, adalah penting untuk menjadikan hutan kita sebagai sumber alam semulajadi yang tidak seharusnya dipergunakan dengan berleluasa untuk mendapatkan keuntungan jangka pendek. Sebaliknya, kita perlu mempunyai pandangan yang jauh bahawa hutan kita akan terus memberi kesejahteraan kepada penghidupan sejagat. Walaupun proses pembangunan terus dijalanjkan di negara ini, ia tidak seharusnya menjejaskan sistem penampungan penghidupan bersumberkan hasil hutan yang sedia ada. Keperluan yang diseimbangi dan tindakan yang teratur di dalam mengeksploitasi khazanah hutan perlulah diuruskan bersesuaian dengan program pembangunan negara. Sebagai warganegara yang bertanggungjuwab, kita harus mengimbangi pandangan dan mempunyai komitmen terhadap nilai-nilai hutan serta memeliharanya demi kesejahteraan penghidupan yang seimbang. Haruslah kita ingat bahawa segala yang ada dalam alam ini bukan hak milik kita sahaja. Kita hanya meminjamnya daripada generasi lalu dan perlu kembalikannya kepada generasi yang akan datang.