Tuesday 6 September 2011

keunikan hutan hujan tropika

kesimpulan


Walaupun kita telah menikmati banyak faedah daripada hutan, tetapi kadar eksploitasi masa kini memberi penanda bahawa tidak banyak yang masih tinggal untuk dilihat dan dinikmati oleh generasi akan datang. Oleh demikian, adalah penting untuk menjadikan hutan kita sebagai sumber alam semulajadi yang tidak seharusnya dipergunakan dengan berleluasa untuk mendapatkan keuntungan jangka pendek. Sebaliknya, kita perlu mempunyai pandangan yang jauh bahawa hutan kita akan terus memberi kesejahteraan kepada penghidupan sejagat. Walaupun proses pembangunan terus dijalanjkan di negara ini, ia tidak seharusnya menjejaskan sistem penampungan penghidupan bersumberkan hasil hutan yang sedia ada. Keperluan yang diseimbangi dan tindakan yang teratur di dalam mengeksploitasi khazanah hutan perlulah diuruskan bersesuaian dengan program pembangunan negara. Sebagai warganegara yang bertanggungjuwab, kita harus mengimbangi pandangan dan mempunyai komitmen terhadap nilai-nilai hutan serta memeliharanya demi kesejahteraan penghidupan yang seimbang. Haruslah kita ingat bahawa segala yang ada dalam alam ini bukan hak milik kita sahaja. Kita hanya meminjamnya daripada generasi lalu dan perlu kembalikannya kepada generasi yang akan datang.

Sunday 7 August 2011

KEPENTINGAN DAN KEGUNAAN HUTAN HUJAN TROPIKA DI MALAYSIA

Hutan hujan tropika meliputi hanya 12% daripada jumlah kawasan dunia. Namun demikian ia adalah habitat semulajadi kepada hampir 50% hingga 90% spesies tumbuh-tumbuhan, haiwan dan serangga yang terdapat di dunia. Satu hektar tanah hutan hujan tropika di Malaysia mengandungi lebih daripada 180 jenis pokok. Di Semenanjung Malaysia, terdapat lebih daripada 8000 spesies tumbuhan berbunga, 200 spesies mamalia, 600 spesies burung, 115 spesies ular, 80 spesies cicak dan 100 spesies serangga telah direkodkan. Di Sarawak pula, 70% daripada kawasannya adalah diliputi oleh hutan hujan tropika. Ia menempatkan lebih daripada 8000 spesies flora dan 20000 spesies fauna. Hutan membekalkan makanan secara langsung atau tidak langsung kepada haiwan yang memakan buah-buahan, bijian, putik bunga, pucuk daun dan bahagian pokok lain. Selain itu, ia juga adalah satu habitat yang sesuai kepada burung-burung yang datang semasa musim sejuk.






LAPISAN HUTAN HUJAN TROPIKA

Hutan Transitional

Hutan ini didapati di antara Hutan Bakau, Hutan Nipah atau Hutan Paya dan dikenali sebagai Hutan Tanah Kering. Spesies yang mendominasikan kawasan hutan ini adalah seperti Nibong ( Oncosperma sp.), palma, rotan dan Merbau ( Intsia palembanica ).

. Hutan Nipah

Hutan ini biasanya didapati tumbuh bersama dengan vegetasi Hutan Bakau. Hutan ini tumbuh di kawasan air tawar. Daun nipah digunakan untuk membuat atap rumah manakala luahan digunakan sebagai minyak

Hutan Bakau

Hutan ini meliputi sebahagian besar pantai barat dan timur negeri Sabah. Rhizophora sp. dan Bruguiera sp. merupakan spesies yang banyak didapati di kawasan ini. Spesies-spesies tersebut mula dieksport ke luar negara sejak 1986. Kayu bakau mempunyai kegunaan akhir yang berguna seperti kayu api, tiang-tiang rumah dan bahan bakar. Kawasan Hutan Bakau penting untuk hidupan laut seperti ikan dan udang

JENIS-JENIS HUTAN HUJAN TROPIKA


Hutan Pantai
Hutan ini didapati di sepanjang pantai negeri Sabah. Hutan in semakin pupus disebabkan oleh skim pembangunan pantai yang semakin meningkat. Spesies yang mendominasi hutan ini ialah Casuarina equisetifolia.

DEFINISI HUTAN HUJAN TROPIKA

Hutan hujan tropika merupakan jenis-jenis pembentukan tumbuh-tumbuhan yang bebas serta turut ditentukan oleh faktor alam sekeliling selain daripada kelembapan. Takrif hutan tropika juga merangkumi lingkungan habitat darat dan habitat separa darat yang luas di zon intertropika.
Hutan tropika terdapat di zon tropika di antara 23027 Utara dan 23027 Selatan. Pada masa kini kawasan-kawasan hutan di Semenanjung Malaysia adalah diwakili oleh hutan hujan tropika ini selain daripada hutan hujan tropika di Afrika, Latin Amerika, Amerika Selatan, Indo-Australia dan Asia Selatan